Apa Itu Cat Kereta?



Fungsi cat kereta adalah bukan sahaja untuk mencantikkan kereta, malah untuk memelihara dan melindungi kenderaan juga. Kos cat kereta pula biasanya bergantung kepada kualiti.
Jenis cat kereta yang paling popular pada zaman kini kerana sifatnya yang kurang merbahaya kepada alam sekitar ialah acrylic polyurethane enamel iaitu cat yang berasaskan air. 
Cara yang digunakan untuk mengecat kereta menggunakan cat pada zaman kini ialah dengan menyapukan cat dalam beberapa lapisan dengan ketebalan sekitar 0.1mm.
Cara untuk menyapu cat dengan betul memerlukan penyediaan yang teliti dan beberapa langkah asas bagi memastikan cat dapat disapu dengan sebetulnya dan berkualiti.
Selepas lapisan cat pertama telah disapu, sejenis lapisan asas pula disapu dan kemudiannya akan dilindungi dengan lapisan jernih yang akan menjadikan cat tersebut kelihatan berkilat.
Lapisan jernih tersebut disapu untuk melindungi kualiti dan ketahanan cat. Oleh itu, ia haruslah dapat melindungi dari sinaran UV yang boleh memudaratkan cat tersebut. 

Post a Comment

0 Comments